TOLONG SAYA CLICK ----> SINI
Bagi saya, mengumpat dan khabar berita itu dua perkara yang berbeza.
Mengumpat ↓
Fahaman saya → Mengata sesuatu yang buruk dan mampu membuatkan mangsa umpatan itu marah dan bertukar menjadi hulk atau sedih hingga keluar air mata darah jika si mangsa mengetahuinya ( hamboiii aku hiperbola bebeno -.-')
Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud :
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Besides, saya tak nak lah tulis mem-piggy buta tentang isu umpatan ni as saya pun masih tercari-cari sinar (cewahhh) bagaimana untuk berubah dan mengelakkan diri daripada sesi senaman mulut yang dilakhnat Allah ini . So, ada lah buat researh sikit-sikit :)
Dalam Islam, mengumpat ni diumpamakan seperti makan daging saudara se-Islam sendiri. MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.
Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Haaa, takut kan?
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) .
Apa yang membimbangkan saya adalah jika kita umpat orang, one day nanti Allah akan buka semua pekung² keburukan kita. Huwaaaa, sadis !
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat ni tersangatlah rugi sebab nanti kat akhirat segala rekod amalan baik kita dan pahala-pahala yang kita dok penat kumpul time hayat masih ada terhapus sebab mengumpat ni la. Haishhh! SPOILED betullah mengumpat ni ekh?
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.''
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Ehemm ehemmm, sangat banyak erk keburukan mengumpat ni sebenarnya dan balasan serta bahana yang kita akan dapat di akhirat nanti juga banyak kot . Astagfirullah ~
Saya tahu mungkin ada readers yang mengenali saya kata yang saya ni cakap tak serupa bikin. Nasihat orang bukan main tapi diri sendir Pfffttt ~ Hihi, takpe saya tak marah . Macam yang saya cakap tadi, saya pun sedang tercari-cari sinar. Sekurang-kurangnya saya ada usaha untuk perbaiki diri. Awak?
Then, maybe ramai yang akan provokasi saya dengan sound²/sindir saya lepas ni. Hihi, pun takpe sebab saya tahu Allah sedang menguji ketahanan hati saya. Insya'Allah saya akan harungi dengan tabah . Okeh :)
Sekali lagi, maaf jika ada yang terasa. Dan jika anda terasa seperti saya, marilah kita berubah ke arah kebaikan dan tinggalkan terus keburukan.
Sebelum saya mengakhiri penulisan saya ini, saya nak ucapkan Salam Rejab, salam berbuat amal kebaikan . Di bulan yang penuh dengan rahmat ni eloklah sekiranya kita perbanyakkan istigfar, amalan sunat dan taubat kepada Allah S.W.T ♥ Insya'Allah semoga kita peroleh keberkatanNya . Amin ~
SUMBER : FERYCO.COM & HALAQA.NET



















